Al Ruqyah Al Shariah Full by Sheikh Abdel Baset Abdel Samad
Powered by mp3skull.com
Perhatikan setelah selesai mendengar/membaca Ruqyah Syariah ini :
1) Denyutan jantung makin kencang
2) Badan bergetar
3) Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) Mengantuk/menguap
5) Batuk
6) Gelisah
7) Panas di tengkuk
Jika ada mengalami sebahagian simptom2 diatas,kemungkinan besar ada
jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada
dalam tubuh kita akan bergerak melalui salruran darah kita,ayat-ayat
ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka
akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita
bertambah kencang…Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan akan
membuatkan kita mengantuk apabila mendengar mp3 ruqyah syariah ini.Dan
bagi kes saka,kita akan terasa panas ditengkuk….
RUQYAH SYARIAH MP3 ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi
mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat
ayat2 tersebut amat mustajab bagi mengusir jin2 jahat/sihir serta
memagar diri kita.Selain itu pesakit juga kena baca banyak-banyak dalam
hati tak kira masa dan tempat zikir ‘THO HA’ (surah taha ayt 1)
.Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan
seterusnya sendawa…Ini petanda segala jin-jin dalam tubuh kita
beransur-ansur keluar…In Sya Allah..
Dengan mendengar MP3 ruqyah syariah ini, In Sya Allah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-
-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketegangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan daya menghafal dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan
-Batuk berpanjangan
-sakit kepala
-gangguan tidur
CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYARIAH
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan mp3 ini didalam
rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi
(auto repeat).
2)Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam
kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu
pemanduan.
3)Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan
dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak
anda.
4)Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol
besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan mp3 ruqyah ini 3round
sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk
untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi
habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x
secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,mp3 ruqyah ini hendaklah
dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
5)Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
6)Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa
berat,perdengarkan mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas
dan kembali bersemangat.
NOTE: Self healing with Ruqyah Qur'an. Mari kita jg diri n keluarga kita. Lindungi kesyg2n kita dr jin n penyakit dgn izin Allah SWT jua! Jika selalu sakit2 tp doktor mengesahkn bahawa kita tidak ada penyakit, cubalah gunakan terapi ini.........In Sya Allah! Semua dgn izin Allah jua!
Sama2lah kita berusaha n memohon perlindungan dr Allah SWT!